Rabu, 6 Oktober 2010

Salam Perkenalan

Bila & apa tujuan blog ini dibina ?

Assalamualaikum w.b.t saya ucapkan kepada semua pengunjung blog saya http://koleksizarida.blogspot.com/ , blog ini dibina pada 01/10/2010 bertujuan untuk menjual koleksi barangan saya & rakan-rakan yang masih elok & ada juga yang dibeli tetapi ingin di jual kerana tidak ada tempat yang sesuai untuk diletak serta ada juga barangan yang dikategorikan sebagai antik.

Siapa saya ?

Tak sah bukan kalau anda tidak kenal saya, sedikit sebanyak yang boleh saya kenalkan pada anda tentang diri saya.

Nama: Zarida Ishak
Pekerjaan: Blogger part time 
Umur: 30 tahun kebawah... hehe
Hobi: Jalan-jalan makan angin
Tinggal: Nilai N9
Status: Berkahwin
Asal: Selangor

Cukup kot, hehe... kalau ada apa-apa persoalan kemukakanlah kemudian yee.....

Kenapa Blog?

Hurmm.... kenapa blog? baiklah rakan-rakan semua mesti ada yang nak tau kenapa saya memilih blog sebagai medium online shop, sedangkan ada banyak lagi website ataupun laman sesawang yang boleh digunakan seperti facebook, twitter, wordpress & lain-lain lagi. Sebab utamanya ialah, pada saya blogger lebih mudah digunakan berbanding yang lain. Apa pun lain orang, lain citarasa nye... ye tak??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan